Ibadah Khusus

TOHARAH
1.0 PENGENALAN.

Toharah atau bersuci merupakan perkara yang sangat penting dalam agama dan merupakan pangkal pokok dari ibadat yang menjadi penghubung bagi manusia dalam mendekatkan diri dengan Tuhan .
Solat tidak sah bila tanpa toharah , hal ini sesuai dengan sabda Nabi saw. yang bermaksud:

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةُ بِغَيْرِ طُهُوْرٍ

“ Allah tidak menerima solat yang tidak dengan bersuci “
( H . R Muslim )

1.1 KONSEP TOHARAH.

Toharah menurut bahasa ertinya “ bersih “ dan menurut syarak bererti membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada kekotoran, hadas dan najis.
Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan mandi atau tayammum dan menghilangkan hadas kecil pula ialah sama ada dengan wudhuk’ atau tayammum. Bersuci dari najis berlaku pada badan, pakaian dan tempat. Cara menghilangkannya hendaklah dengan air suci dan menyucikan .


1.2 PEMBAHAGIAN TAHARAH.

Untuk menjelaskan tentang pembahagian taharah, perlu dijelaskan terlebih dahulu tentang air yang merupakan alat terpenting untuk bersuci dan juga istinjak.


Air.
Air yang sah digunakan untuk bersuci ialah:

a. Air yang turun dari langit seperti air hujan dan air embun.
b. Air yang terbit dari bumi seperti air laut, air sungai dan air mata air. Air ini kekal dalam kajadiannya yang asal.

Air terbahagi empat:

a. Air Mutlak
Ialah air yang suci pada dirinya dan menyucikan yang lain dan tidak
makruh penggunaannya, iaitu air tanpa qaid lazim. Air qaid tidak lazim seperti air telaga dan air sungai, ianya suci pada dirinya dan menyucikan yang lain.

b. Air Musyammas
Ialah air yang suci dan menyucikan yang lain tetapi makruh penggunaannya pada badan, iaitu air yang dipanaskan oleh matahari di negeri yang beriklim panas dalam bekas yang boleh berkarat. Ia makruh digunakan pada tubuh kerana ditakuti mendatangklan penyakit sopak. Air yang tersangat panas atau tersangat sejuk juga makruh penggunaannya.

c Air Mustakmal
ialah air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain, iaitu:
air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas dan air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis tetapi tidak berubah dan tidak bertambah jumlahnya setelah mengalir keluar dari benda yang dibasuh. Air yang berubah salah satu dari tiga sifat kerana bercampur dengan benda yang suci, jika banyak berubahnya dan tidak dapat dinamakan air mutlaq lagi.

d. Air Mutannajis
ialah air yang kurang dua kolah, yang terkena najis sama ada berubah atau tidak, dengan syarat najis tersebut menajiskan air. Air ini tidak suci pada dirinya dan tidak menyucikan yang lain. Begitu juga air dua kolah atau lebih yang berubah disebabkan oleh najis adalah najis.


Bahagian Taharah (Bersuci)

Bersuci terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Taharah Hissiyyah – iaitu menyucikan kekotoran dan najis dengan menggunakan air dan menyucikan diri daripada hadas dengan berwuduk, mandi, bertayammum dan sebagainya.

Hadas pula terbahagi kepada dua iaitu hadas kecil dan hadas besar.

 Hadas kecil ialah hadas yang sedikit larangannya seperti kencing dan untuk menyucikan diri dari hadas kecil maka seseorang itu hendaklah berwuduk.
 Hadas besar pula ialah hadas yang banyak larangan kerananya seperti keluar mani, haid dan lain-lain lagi. Untuk menyucikan hadas besar, seseorang itu wajib mandi wajib ataupun bertayammum.

(b) Taharah Maknawiyah – iaitu menyucikan diri daripada dosa, maksiat, kufur dan syirik dengan cara bertaubat kepada Allah s.w.t.


4.1.3 KEPENTINGAN TAHARAH (BERSUCI)
Bersuci itu selain merupakan syarat sah solat, ia juga mengandungi beberapa hikmat penting di antaranya:

 Dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna.
 Segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t
 Dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan pada anggota badan.
 Dapat mengelakkan diri daripada mendapat penyakit.
 Dapat memberi keselesaan dan ketenangan dalam kehidupan
 Masyarakat dapat hidup dalam keadaan bersih daripada perkara keji dan mungkar.


1.4 ALAT-ALAT TAHARAH (BERSUCI)

i. Air mutlak – iaitu alat yang terpenting untuk kegunaan menyuci najis,
mengangkat hadas dan lain-lain lagi.

ii. Debu-debu tanah yang bersih - iaitu untuk kegunaan tayammum
ketika ketiadaan air atau tidak dapat menggunakan air kerana sakit
dan sebagainya.

iii. Benda-benda kesat - seperti kayu, batu dan sebagainya iaitu untuk
menyucikan tempat-tempat keluar najis dari saluran najis bahagian
hadapan dan belakang (beristinjak).

iv. Bahan-bahan peluntur yang bersifat tajam seperti tawas, kapur dan
seumpamanya. Bahan ini digunakan untuk menyucikan kulit-kulit
binatang yang selain daripada babi dan anjing (samak).


1.5 Cara-Cara Menyuci Hadas Dan Najis

A. Pengertian Najis

Dari segi bahasa ialah sesuatu yang jijik, kotor dan tercemar.
Dari segi istilah najis bermaksud semua jenis kotoran yang menghalang sah solat apabila terkena pada anggota badan , pakaian dan tempat solat. Najis terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

i. Najis Mukhaffafah.
• Ialah najis yang ringan, iaitu air kencing bayi laki-laki yang umurnya kurang dari dua tahun dan belum makan apa-apa kecuali air susu ibunya.
• Cara menyucinya ialah dengan dilapkan terlebih dahulu, kemudian direnjiskan air pada benda yang kena najis itu atau dituangkan air di atasnya walaupun tidak mengalir.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus dicuci, sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan memercikkan air kepadanya.”
( H.R Abu Daud dan Nasa’i )
ii. Najis Mutawassitah (pertengahan)
• Iaitu najis yang selain najis mughallazah dan najis mukhaffafah.
• Cara menyucikannya ialah dengan menghilangkan ainnya lebih dahulu, hingga hilang rasa, bau dan warnanya, kemudian menyiramnya dengan air sampai bersih. Jika najis hukmiyah (tidak ada ainnya) seperti bekas kencing, arak yang sudah kering, maka cara mensucikannya cukup dengan mengalirkan air pada tempat yang kena najis itu.


iii. Najis Mughalladzah.

• Iaitu najis yang berat : yakni najis dari babi dan anjing.
• Cara menyucinya ialah lebih dahulu dihilangkan ain najis itu, kemudian baru dibasuh dengan air sampai tujuh kali termasuk satu daripadanya dengan air yang bercampur tanah.

Cara ini dilakukan berdasarkan sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:

“Sucinya tempat (perkakas) mu apabila dijilat anjing adalah dengan mencucinya tujuh kali. Permulaanya atau penghabisannya di antara cucian itu dicuci dengan air yang bercampur dengan tanah.
(At-Tirmizi )

Jika dibasuh di dalam air yang mengalir lagi keruh adalah memadai dilalukan sebanyak 7 kali pengaliran walaupun tanpa menggunakan tanah.


B. Istinjak
• Ialah membersihkan tempat keluar najis iaitu qubul dan dubur dengan menggunakan air mutlak ataupun benda-benda yang kesat. Hukum beristinjak adalah wajib daripada tiap-tiap najis yang keluar daripada qubul atau dubur seperti kencing, tahi dan sebagainya walaupun jarang berlaku seperti darah, wadi dan seumpamanya.

• Alat istinjak ialah air atau batu atau sesuatu yang keras, kesat lagi suci dan dapat menghilangkan najis, dengan syarat ianya bukan bahan yang dihormati. Memadai beristinjak dengan menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinja’ melainkan kesan-kesan yang tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan air.

Benda-benda yang tidak boleh dijadikan alat istinjak:
• Sesuatu yang terkena najis, seperti batu yang terkena najis.
• Sesuatu najis, seperti tahi yang kering.
• Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis, seperti tanah lembut lagi peroi atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh. Tetapi jika buluh itu dibelah, bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinjak.
• Sesuatu yang dihormati seperti makanan anak adam seperti roti kering (selagi ianya tidak hangus).
• Sesuatu yang menjadi makanan jin, seperti tulang walaupun telah dibakar hangus, kerana ia masih dianggap makanan jin.

Memadai beristinjak dengan menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinjak melainkan kesan-kesan yang tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan air.

C. Hadas.

Hadas mengikut hukum Islam ialah perkara yang membatalkan sembahyang dan mestilah dihilangkannya dengan bersuci. Hadas terbahagi kepada dua:

i. Hadas besar : iaitu hadas yang banyak larangan-larangan kerananya. Ia
wajib dihilangkan dengan mandi wajib atau tayammum.

ii. Hadas kecil : iaitu hadas yang dihilangkan dengan wuduk atau tayammum.


D. Mandi wajib

Ialah meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat menghilangkan hadas besar ketika sampai ke mana-mana bahagian badannya. Hukumnya ialah wajib bila hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan jika kamu berjunub (berhadas besar), maka hendaklah kamu sucikan (mandi wajib)”
( Surah Al-Maidah : 6 )



Sebab-Sebab Yang Mewajibkan Mandi.

• Hubungan kelamin (persetubuhan).
• Keluar Mani.
• Mati.
• Haid iaitu keluar darah secair wajar dari rahim wanita beberapa hari pada tiap-tiap bulan.
• Melahirkan anak.
• Nifas yakni darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak.

Fardu / rukun mandi.

Rukun mandi tiga perkara:

• Niat.
Orang yang dalam keadaan berjunub itu hendaklah berniat mengangkat janabah atau mengangkat hadas besar atau mengharuskan fardu sembahyang atau fardu mandi atau menunaikan fardu mandi atau mandi yang difardukan atau mandi wajib.

• Menghilangkan najis.
Iaitu menghilangkan najis yang terdapat pada badan.
• Meratakan air keseluruh rambut/bulu-bulu dan kulit.
Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah SAW bersabda,maksudnya “Bahawasanya di bawah tiap-tiap rambut ada jinabat, kerananya cucilah rambut itu dan bersihkanlah kulit “
( H.R Abu Dawud dan Tarmidzi dan dilemahkannya)

E. Wudhuk.

Wudhuk menurut bahasa bererti bersih dan indah. Menurut syarak bererti membersihkan anggota-anggota wudhuk untuk menghilangkan hadas kecil. Wudhuk adalah suatu syarat untuk sahnya solat yang dikerjakan sebelum seseorang mengerjakan solat.

Syarat-Syarat Sah Wudhuk.

• Islam : Orang yang tidak beragama Islam tidak sah mengerjakan wuduk.
• Mumayyiz : Ertinya orang sudah tahu membezakan antara baik dan buruk dari pekerjaan yang dilakukan.
• Menggunakan air yang suci menyucikan untuk mengangkat hadas.
• Tidak ada sesuatu benda yang dapat menghalangi sampainya air wuduk pada anggota wuduk.
• Tidak ada sesuatu pada anggota wuduk’ yang dapat merubah air yang digunakan untuk berwuduk.


Fardhu Wudhuk.

• Niat Wudhuk: Hendaknya berniat menghilangkan hadas kecil, dan cara melakukannya tepat pada waktu membasuh muka .
• Membasuh muka : Yakni mulai dari tempat tumbuh rambut kepala dan hujung dagu sampai antara kedua telinga.
• Membasuh kedua belah tangan sampai siku.
• Menyapu sebahagian dari kepala rambut.
• Membasuh dua belah kaki sampai kedua mata kaki.
• Tertib iaitu menurut susunan.

Sunat-Sunat Wudhuk.

• Membaca basmallah sebelum melakukan wuduk.
• Membasuh tapak tangan hingga pergelangan tangan.
• Berkumur-kumur dan membersihkan lubang hidung.
• Membasuh seluruh kepala.
• Mengusap kedua-dua telinga bahagian luar dan dalam.
• Mendahulukan anggota wuduk yang kanan dari yang kiri.
• Menyela-nyela jari tangan dan kaki.
• Meniga kalikan pada tiap-tiap membasuh anggota wuduk.
• Berurutan : Tidak lama selang waktunya dalam mengerjakan anggota yang satu dengan yang lain
• Tidak berkata-kata ketika mengerjakan wuduk
• Bersiwak
• Menghadap kiblat
• Membaca doa setelah selesai mengambil wuduk.

Perkara Yang Membatalkan Wudhuk.

• Keluar sesuatu dari qubul dan dubur meskipun hanya angin .
• Hilang akal kerana gila, pengsan , mabuk atau tidur nyenyak.
• Bersentuh kulit antara laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya
• Bersentuh kemaluan (qubul atau dubur) dengan tapak tangan atau jari yang tidak memakai tutup.

AMALI SOLAT

4.2.0 PENGENALAN
Ibadah solat adalah ibadah yang asas dan utama dalam Islam. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Perkara pertama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah solat. Jika baik amalan solat seseorang itu, baiklah seluruh amalnya, dan jika buruk amalan solatnya maka buruklah seluruh amalnya yang lain”

Oleh itu ibadah solat sangat diberi perhatian dan diambil berat kerana ia juga membezakan seseorang itu muslim atau kafir. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

اَلْفَرْقُ بَيْنَ الْمُسْلِمِ وَالْكُفْرِ اَلْصَلاَةُ


“Perbezaan antara seorang muslim dan kafir ialah solat

Pengertian

Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dalam istilah syarak pula solat ibadat yang tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.

Kepentingan Solat

Solat merupakan ibadat yang asasi dalam perhubungan di antara manusia dengan Allah swt. Dengan melakukan ibadat solat, manusia dapat mengingati Allah, dapat menghidupkan pengakuan iman di dalam hati, menambah keyakinan kepada rasul, kepada kitab Allah dan seterusnya dapat membawa manusia ke jalan yang lurus, jalan yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Solat merupakan perbuatan secara amali yang dapat memperagakan keimanan seseorang kepada Allah SWT.

Bersolat menjadi sifat-sifat orang yang bertaqwa yang menurut arahan kitab suci al-Quran dan merekalah yang memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat yang terpuji lalu mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala. Merekalah yang beroleh kejayaan.

Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”
(Al-Ankabut : 45)

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan resah gelisah, apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat.”
(Al-Ma’arij : 19-22)

Pada hakikatnya, perbuatan solat sebagai tanda kesempurnaan seseorang dalam melakukan hak-hak pengabdian kepada Allah SWT. Sebaliknya dengan meninggalkan solat ia digelar sebagai orang yang tenggelam di dalam hawa nafsu yang bakal menjadi ahli neraka.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).”
(Maryam : 59)

Menurut jejak langkah baginda Rasulullah SAW, bila berlaku kecemasan baginda solat dan berkata yang bermaksud:

“Allah menjadikan ketenangan mataku di dalam solat.”

Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat.”
(Al-Baqarah : 153)

Kefardhuan Solat.

Islam menjadikan solat salah satu daripada rukun Islam yang lima. Diwajibkan ke atas tiap-tiap penganutnya muslim dan muslimat supaya mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Hingga kanak-kanak diwajibkan ke atas tiap-tiap penjaganya menyuruh solat sejak usianya meningkat tujuh tahun dan mewajibkan penjaga-penjaganya itu memukul, jika kanak-kanak itu berdegil atau malas setelah berusia sepuluh tahun.

Perintah solat diturunkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah. Ia adalah ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah Ta’ala di mana perintah itu disampaikan secara langsung tanpa perantaraan, dengan cara berdialog terus dengan RasulNya pada malam Mi’raj.

Oleh itu wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya menyempurnakan solat fardhu yang ditentukan lima waktu sehari semalam. Solat di dalam Islam tidak dapat ditandingi oleh ibadat-ibadat yang lain. Sesiapa yang meninggalkan solat, ia berhak mendapat azab daripada Allah SWT.

Syarat-Syarat Wajib Solat:

i. Islam.
ii. Baligh.
iii. Berakal.
iv. Suci dari haid dan nifas.
v. Sejahtera pancaindera.
Tidak wajib sembahyang ke atas orang yang buta dan tuli sekali pun tidak bisu jika berlaku kedua-duanya sebelum tamyiz.
vi. Sampai seru.
Tidak wajib sembahyang ke atas mereka yang tidak sampai seruan Islam seperti ia dilahirkan dan menetap di puncak bukit yang jauh yang tiada perhubungan langsung.

Syarat-Syarat Sah Solat.
i. Suci dari hadas dan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan dan pada tempat sembahyang.
ii. Menutup aurat.
iii. Mengetahui cara sembahyang dan dapat membezakan yang wajib dan yang sunat. Malahan jika diiktikadkan semuanya fardu atau setengahnya fardu dan setengahnya sunat dan tidak membezakannya dan dia merupakan orang awam, selagi tidak diiktikadkan yang fardu itu sebagai sunat; sahlah sembahyangnya.
iv. Menunaikan sembahyang ditempat yang suci walaupun secara zan dan jangan bersentuh sebahagian badan atau pakaian dengan najis ketika qiyam atau duduk atau rukuk atau sujud.
v. Mengetahui masuk waktu atau pun zan masuk waktu dengan secara ijtihad seperti mendengar ayam berkokok dan sebagainya.
vi. Menghadap kiblat iaitu mengadap seluruh badannya ke arah kiblat.


Rukun-Rukun Solat.
Rukun-rukun solat ialah ada tiga belas iaitu:
i. Niat.
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Takbiratul Ihram.
iv. Membaca Al-Fatihah.
v. Rukuk serta tumakninah.
vi. Iktidal serta tumakninah.
vii. Sujud serta tumakninah.
viii. Duduk antara dua sujud serta tumakninah.
ix. Tasyahhud akhir.
x. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tasyahhud akhir.
xi. Duduk untuk bertasyahhud, salawat dan salam.
xii. Memberi salam yang pertama.
xiii. Tertib.

Rukun-rukun yang tersebut di atas wajib dilakukan dengan sempurna, sekiranya tertinggal salah satu daripadanya atau tidak melakukan dengan sempurna maka tidak sah solat

4.2.1 SOLAT BERJEMAAH.
Solat Jemaah ialah solat yang dilakukan secara berama-ramai, sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang mukmin. Hukum solat secara berjamaah selain dari fardu Jumaat adalah fardu kifayah ke atas lelaki yang cukup syarat-syaratnya.

Berjamaah di masjid bagi lelaki adalah lebih afdal. Kelebihan solat berjamaah dikira berhasil apabila terdapat seorang imam dan seorang makmum yang sempat bersama-sama imam sebelum imam memberi salam yang pertama walaupun makmum tidak sempat duduk bersama imam.

Kelayakan Imam.
• Hamba layak menjadi imam bagi makmum yang merdeka.
• Kanak-kanak yang mumayyiz layak menjadi imam kepada makmum yang baligh. Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah menjadi imam.
• Lelaki layak menjadi imam kepada lelaki, perempuan dan khunsa.
• Perempuan layak menjadi imam kepada perempuan sahaja.
• Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada lelaki.
• Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada khunsa.
• Orang yang ummi (tidak pandai membaca) tidak layak menjadi imam kepada qari (yang elok membaca surah al-Fatihah).
• Kanak-kanak tidak mumayyiz tidak layak jadi imam.

Syarat-Syarat Mengikut Imam.
• Hendaklah bersamaan perbuatan sembahyang makmum dengan imam. Berlainan niat makmum dengan niat imam tidak menjejaskan ikutan.
• Makmum wajib mengikut imam, tidak mendahului imam dalam rukun fe’li.
• Makmum dapat mengetahui pergerakan imam.
• Makmum berjamaah atau berhimpun bersama imam di suatu tempat.
• Makmum tidak boleh menyalahi imamnya semasa berjamaah pada melakukan perkara sunat yang dianggap keji.
• Kedudukan makmum tidak boleh terkehadapan dari imam.
• Niat mengikut imam.
• Sah sembahyang imam pada iktikad makmum. Tidak sah sembahyang makmum yang mengiktikadkan sembahyang imamnya batal.
• Hendaklah sembahyang imam itu tidak perlu diulangi semula. Tidak sah mengikut imam yang wajib mengulangi sembahyangnya seperti imam sembahyang dengan tayammum kerana sejuk.
• Tidak berimamkan orang yang sedang menjadi makmum kepada imam yang lain.

4.2.2 SOLAT QASAR DAN JAMAK.
Solat Qasar.

Pengertian Solat Qasar
Qasar dari segi bahasa bererti pendek atau ringkas. Dari segi istilah ialah memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat.
Orang musafir yang jauh perjalanannya lagi diharuskan, dibolehkan mengqasarkan sembahyang 4 rakaat kepa 2 rakaat. Firman Allah swt maksudnya.


“Dan apabila kamu merantau di atas muka bumi, maka tidak menjadi dosa kalau kamu memendekkan solat.” ( An-nisa’ : 101 )

Syarat Sah Solat Qasar
• Safar yang diharuskan oleh syarak kerana tujuan suci baik seperti menunaikan fardhu haji atau sebagainya. Bukan kerana maksiat.
• Safar itu hendaklah lebih dari dua marhalah yang kira-kira 92 km lebih kurang.
• Solat qasar itu hendaklah dilakukan di dalam waktunya iaitu di masa safar. Solat qadha’ tidak boleh qasar. Solat yang luput semasa safar harus diqadha’ semasa perjalanan secara qasar atau harus qadha’ secara sempurna tetapi tidak harus qadha’ secara qasar dalam masa tidak dalam safar.
• Hendaklah ada niat qasar solat pada mula-mula takbiratul ihram.
• Janganlah orang musafir itu solat qasar di belakang imam yang solat fardhu lengkap.
• Niat musafir ke tempat tertentu.
• Solat yang empat rakaat sahaja yang boleh diqasarkan.
• Mengetahui keharusan menunaikan solat secara qasar, batal sembahyang
• qasar seseorang yang melakukannya tanpa mengetahui keharusannya.
Niat solat Qasar (Fardhu Zohor)
أُصَلِّى فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Zohor qasar tunai kerana Allah.”

SOLAT JAMAK

Pengertian Solat Jamak
Jamak dari segi bahasa ialah menghimpunkan. Dari segi istilah ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Hukumnya adalah harus bagi musafir yang harus menunaikan solat secara qasar. Solat yang harus dijamak ialah solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak secara taqdim atau ta’khir. Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Takdim dan Jamak Takhir.

(a) Jamak Taqdim
ialah menghimpunkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti menghimpunkan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.


Syarat Jamak Taqdim.
• Hendaklah dimulakan dengan solat yang pertama iaitu Zohor atau Maghrib kemudian diiringi dengan solat yang kedua iaitu Asar atau Isyak.
• Niat menghimpunkan solat itu dalam solat yang pertama.
• Berturut-turut antara keduanya.
• Hendaklah berkekalan dalam perjalanan hingga sudah takbiratul ihram
solat yang kedua.

Niat Solat Jamak Taqdim:
Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.
Niatnya:

أُصَلُِى فَرْضَ الظُّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوْعًا اِلَيْهِ العَصْرُ أَدَاًء
للهِ تَعَالَى


“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan Asar kepadanya tunai kerana Allah Ta’ala.”

Selesaikan dua rakaat itu, bangun untuk solat Asar pula dengan lafaz niatnya:

أُصَلُِى فَرْضَ العَصْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”


Solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Maghrib.

Niatnya:
أُصَلِّى فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا اِلَيْهِ العِشَاءُ
للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan Isya kepadanya
tunai kerana Allah Ta’ala.”


Selesaikan solat Maghrib itu, bangun untuk solat Isya’ dua rakaat qasar dengan lafaznya:

أُصَلِّى فَرْضَ العِشَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”




(b) Jamak Takhir
Jamak Takhir ialah melakukan dua solat dalam waktu kedua seperti zohor dan asar dilakukan dalam waktu asar; maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu Isyak.


Syarat Jama’ Takhir.

Selain daripada syarat-syarat yang tersebut pada Jamak Taqdim itu dikehendaki lagi:

 Ada niat hendak Jama’ Takhir pada waktu yang pertama lagi.
 Berkekalan dalam perjalanan hingga selesai solat yang kedua.

Niat solat Jamak Takhir.
Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar.

أُصَلِّى فَرْضَ الظُّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوْعًا اِلَى العَصْرِ
لله تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan
kepada Asar karana Allah Ta’ala.”

Selesai sahaja solat Zohor itu, bangun segera untuk solat Asar pula dengan
lafaz niatnya:
أ‎‎ُصَلِّى فَرْضَ العَصْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا لله تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah
Ta’ala.”



Niat solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Isya’:

أُصَلِّى فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَْجمُوْعًا اِلَى العِشَاِء لله
تَعَالَى
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isya’ kerana Allah Ta’ala.”

Setelah selesai solat Maghrib itu, bangunlah dengan segera untuk menunaikan solat Isya’ pula dengan lafaz niatnya:

أُصَلِّى فَرْضَ العِشَاءِ رَكَعَتَيْنِ لله تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”


4.2.3 AMALI SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISTIKHARAH

SOLAT HAJAT

Pengertian Solat Hajat
Solat Hajat adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan untuk memohon
sesuatu yang diharuskan oleh syarak kepada Allah s.w.t.

Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Daripada Abi Dardak bahawasanya nabi s.a.w. bersabda sesiapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian dia menyempurnakan solat dua rakaat Allah mengurniakan apa sahaja yang diminta sama ada cepat atau lambat.”

Hadis ini menjelaskan bahawasanya nabi s.a.w menggalakkan umatnya melakukan solat hajat serta hajat yang harus dipohon hanya perkara yang memberi kebaikan atau untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat untuk mengatasi sesuatu kesulitan. Oleh itu tidak harus memohon sesuatu hajat yang dilarang oleh Allah s.w.t seperti perkara maksiat atau perkara yang ditegah kita melakukannya.

Cara Melakukan Solat Hajat.

i. Cara melakukan solat hajat sama sahaja seperti melakukan solat-solat sunat yang lain. Perbezaannya hanya pada niat.
ii. Lafaz niat solat hajat ialah

أُ صَلِّى سُنَّةً الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لله تَعَالَۍ
"Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah s.w.t."

iii. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihram:
 Baca doa iftitah
 Baca surah al-Fatihah
 Baca surah al-Kafirun
 Teruskan rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.



iv. Pada rakaat kedua :
 Baca al Fatihah
 Baca surah al Ikhlas
 Terus rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa
 Tahiyyat akhir dan memberi salam.

v. Selepas memberi salam:
 Berdoa dengan didahului memuji Allah dan berselawat kepada nabi s.a.w.
 Setelah itu pohonlah hajat anda terhadap Allah s.w.t. seperti memohon dikurniakan kesihatan yang baik serta memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
 Akhirkan doa anda dengan berselawat kepada nabi s.a.w.


Kelebihan Solat Hajat
Solat hajat memberi faedah yang besar kepada kehidupan orang mukmin, di antaranya ialah:

 Tidak berputus asa dengan takdir Allah s.w.t
 Dimakbulkan Allah s.w.t. doa yang dipohon.
 Dikasihi dan diredhai oleh Allah s.w.t.
 Dapat memperteguhkan keimanan kepada Allah s.w.t
 Memberi ketenangan jiwa kepada orang mukmin
 Gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang baik.



SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Pengertian Solat Sunat Istikharah
Solat sunat Istikharah ialah mengerjakan solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah s.w.t penentuan serta ketetapan hati baik dan buruknya pekerjaan atauhal sesuatu yang akan dilakukan oleh seseorang di dalam cita-cita serta hajatnya yang masih ragu-ragu antara baik dan buruknya pekerjaan itu. Ia boleh dilakukan sama ada pada siang hari atau pada malam hari.







Cara-Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah

i Lafaz niat solat sunat istikharah ialah:

أُ صَلِّى سُنَّةَ الإِ سْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَاَلَى

"Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala."

ii. Pada rakaat pertama:
• Baca doa iftitah
• Baca surah al-Fatihah
• Baca surah al-Kafirun
• Teruskan rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.

Iii. Pada rakaat kedua :
 Baca al Fatihah
 Baca surah al Ikhlas
 Terus rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa
 Tahiyyat akhir dan memberi salam.


iv. Selepas memberi salam:
 Berdoa dengan didahului memuji Allah dan berselawat kepada nabi s.a.w.
 Bacalah doa yang tersebut:

اَللّهُمَّ إِنِّى أَ ْستَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأًَسْئَلُكَ مِنء فَضْلِكَ

العَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوْب .

اَللّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِى فِىْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَافِيَةِ

أَمْرِىْ فَاقْدُرْهُ لِى ثُمَّ باَر ِكْ لِىْ فِيْهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هذَا شَرٌّ لِىْ فِىْ

دِيْنِيْ وَمَعاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ فَاصْرِفْهُ عَنُيِ فَأصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيْ

الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ.





Ertinya:
"Ya Allah, aku memohon agar Engkau yang baik menurut Engkau ya Allah; dan aku memohon agar Engkau memberikan kepastian dengan ketentuanMu; dan aku memohon dengan kemurahan Tuhan yang Maha Agung kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa sedang hamba tidak tahu dan Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba dan baik pula akibatnya bagi persoalan ini kepada hamba, maka berilah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah bagiku, kemudian berilah keberkatan bagiku di dalamnya. Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagiku dan bagi agamaku dan penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya dan berikanlah kebaikan di mana saja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang rela atas anugerahMu ya Allah."
WIRID DAN DOA

4.3.0 PENGENALAN

Wirid dan doa merupakan salah satu cara untuk mendapatkan perhatian khusus dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah swt. Berwirid dan berzikir boleh dilakukan untuk dengan cara mengingat Allah s.w.t. dalam hati ataupun menyebut nama-namaNya dengan lisan. Amalan wirid dan doa merupakan penggantungan harapan insan dalam memulai kehidupan hariannya agar dilimpahkan dengan kebaikan, pertolongan dan kemenangan. Jika dilakukan dengan hati yang bersih, maka akan melimpahlah rahmat dan pertolongan Allah swt.


4.3.1 WIRID SELEPAS SOLAT

Bacaan selepas memberi salam ke kanan:


(ramai)

(seorang)


"Ya Allah aku / kami memohon keredhaan dan syurgaMu".



Bacaan selepas memberi salam ke kiri




"Aku memohon perlindungan dari kemurkaanMu dan dari azab api neraka".


Bacaan semasa menyapu tangan ke muka







"Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah ya Tuhan kami, hapuskanlah daripadaku kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan )dukacita".


Bacaan semasa masih duduk dalam tahiyat akhir








(Surah al-Israk : 111)


"Segala puji tertentu bagi Allah, yang tiada mempunyai anak dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh"


Istighfar tiga kali atau lebih







"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya"




Baca:



(10 kali)
(Selain dari sembahyang Maghrib dan Subuh, 3 kali sahaja)



"Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian, Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu"



Mengubah keadaan duduk dan imam berpaling menghadapi makmum di sebelah kanan serta membaca:

( 3 atau 7 kali )


"Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada azab api neraka"










Baca:





"Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepad Engkaulah kembalinya ssejahtera itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu yan Allah ya Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan"






1. Baca:


"Aku memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam"






2. Baca Surah al-Fatihah:







"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan dan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat".



3. Baca:



"Tuhan, kamu Yuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Dia, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".






4. Baca Surah al Baqarah:255 ( Ayat Kursi ):



















"Allah, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya). Yang Tidak Mengantukusahkan Tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (dapat kemuliaanNya) lagi Maha Besaar (kekuasaanNya)".















5. Baca Surah al-Baqarah:284



"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan kepunyaan Alah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".











6. Baca Surah al-Baqarah: 285




"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkannya daripada TuhanNya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-MalaikatNya, kitab-kitabNya dan rsul-rasulNya, (mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya. Mereka berkata lagi; Kami dengar dan kamu taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan KepadaMu jualah tempat kembali"



7. Baca Surah al-Baqarah : 286





"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami,janganlah bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maaflah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapati kemenangan terhadap kaum-kaum kafir".



8. Baca Surah Ali-Imran : 18



"Allah menerangkan (kepada) sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti, bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana"



9. Baca Surah Ali Imran : 19



"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam"















.



10. Baca Surah Ali Imran : 26 -27:



"Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yanag Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam kekuasaan Engkau sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Engkaulah wahai Tuhan yang memasukkan malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya"














11. Baca Surah al-Ikhlas – 1 atau 3 kali



"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; Katakanlah (wahai Muhammad); Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan; dan tiada sesiapapun yang setara dengannya"



21. Baca Surah al-Falaq : 1 atau 3 kali














"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk; dari bencana makhluk-makhluk yang diciptakan dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus (pada simpulan-simpulan) dan ikatan-ikatan; dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya"



22. Baca Surah an-Nas 1 atau 3 kali



"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara sekalian manusia; yang menguasai sekalian manusia; Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia; dan dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia"


23. Baca surah al Fatihah - 1 kali



24. Baca – 3 kali


"Dengan nama Allah yang dengan nama itu tidak menjadi mudharat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi maha Mengetahu"






25. Baca :

"Ya allah Ya Tuhanku"



26. Baca 33 kali :


"Maha Suci Allah"




27. Baca :



"Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya"


28. Baca 33 kali :

"egala kepujian untuk Allah"


29. Baca :



"Segala kepujian untuk Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam atas mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaannya"



30. Baca 33 kali


Allah Maha Besar



31. Baca :




"Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, segala puji untuk Allah sebanyak-banyaknya, maha suci Allah pagi dan petang, Tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Allah dengan ketunggalannya, tiada sekutu bagiNya, untuk Allah segala kerajaan dan bagiNya segala kepujian, Dia yang menghidupkan dan yang dmematikan dan Dialah Allah yang berkuasa atas segala sesuatu, tiada daya dan tidak upaya melainkan dengan pertolongan Allah, Tuhan Maha Tinggi lagi Maha Besar"


















4.3.2 DOA SELEPAS SOLAT



























• Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan sahabat sekelian.
• Ya Allah, kami memohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasmani, pertambahan dalam ilmu, keberkatan pada rezeki, taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, dan memperolehi keampunan setelah mati.
• Ya Allah, mudahkanlah kami ketika gelombang sakaratulmaut, dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab.
• Ya Tuhan kami, janganlah goncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
• Ya Tuhan kami, berikan kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami daripada siksa api neraka.
• Allah Taala memberikan rahmatNya ke atas junjungan kita Nabi Muhamaad s.a.w dan mensejahterakannya begitu juga ke atas sahabat-sahabatnya, dan segala puji itu bagi Allah Taala sekalian alam.